Friday, June 22, 2012

SEDEKAH....??..mudah je...SENYUM pun boleh...


Senyum itu sedekah

Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.



Senyum Biarlah Pada Tempatnya
_____________________________________________

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiw
a sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.

Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli.

Apakah pandangan anda ???.
___________________________________

Penjelasan tambahan.

Salam.
Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak?

Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu:

Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe.

Kita kena belajar dari peminta sedekah. Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala. Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. Cuba fikirkan bersama. insya Allah.

Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah.
JADI.....




Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit.

Kemaafan...kekuatan...



maaf memaafi antara kita semua.. :-)

apa ada pada buah delima :-)


Assalamualaikum sahabat2 saya yang cantik dan hensem :-)..sudah agak lama tak conteng2 blog ni..dok sempat...kikiki...banyok ngat kejo dio sekak2 dah jadi permaisuri hati en habibi yg tercinta ni :-)...

Alhamdulillah...hari2 yang berlalu dan bakal tiba..sama2 kita tempuhi dengan kemanisan senyuman walaupun hidup kita diselubungi banyak dugaan dan cabaran walhal rintangan....CHaiyok!...

kali ni cayer nak cerita tentang satu buah ni...kalau tawan2 dah tahu..takpela...kita sama2 kongsi...kalu silap teguq2 la na...yg tak tahu lagi...meh la kita baco deh...beressssssss! hehe

sebenarnya...saye ni teringin lama dah duk cari2...godek2 kat kedai..buah delima ni...anak ibu nak makan...
:-)...Alhamdulillah kandungan dah mencecah 16 minggu dah :-)...terima kasih untuk kak mus..kakak kantin yg tolong belikan buah ni kat Giant...ALhamdulillah...:-)

ok...moh ler kito baco deh gapo hok ado dale buah delima ni...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon
kurma dan delima".  [Surah al Rahman ayat 68]. 

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arabnya disebut tiga kali dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? 
Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima? haaa...ni dia...

Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya.
Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, 
akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. 


Menurut pengamal perubatan Islam buah ini dengan izin Allah SWT boleh mengatasi 
penyakit batu karang, membuang toksik dalam badan dan pelbagai lagi penyakit lain.  
Cara-cara pengunaannya ialah :

Pertama, carilah buah delima yang sempurna rupa bentuknya seumpama kita melakukan ibadah korban, wajib menyembelih lembu, unta dan kambing yang tiada cacat celanya.

Keduanya, ambil bahagian yang berwarna putih yang meliputi isi buah delima itu yang seumpama honeycomb sarang lebah dan masak dalam 7 gelas air.

Ketiga, minumlah air dari masakan tadi sekali sehari dengan membaca surah seperti berikut:

1. Surah Al-Fatihah

2. Ayattul Kursi

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

3. Surah Al-An’aam ayat 99

وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

4. Surah Al-An’aam ayat 141

وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

5. Surah Ar-Rahman ayat 68

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

6. Surah At-Thaariq ayat 4

إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ