Sunday, August 7, 2011

merangsang minat membaca......

 Assalamualaikum semua rakan2 cik wardah yg dikasihi....:-)

Semua ibubapa mahu anak mereka pandai membaca. Apatah lagi jika anak-anak dapat membaca pada usia muda. Selalunya, terutama cuti sekolah seperti sekarang ini, sepupu-sepapat, anak sedara-mara berkumpul. Maka akan keluarlah cerita mengenai anak sipolan, si anu yang pandai, periksa semuanya dapat A. Ibubapa yang mana anak2nya pandai, senyum panjang sampai ke telinga tapi bagi ibubapa yang anaknya kureeeeng...... tersenyum jugak... tapi pahit! Biasa dengan senario ini? he! he! he! Cik wardah  percaya mesti ada yang tengah tersengih di waktu ini!

Kadang-kadang sebagai ibu dan bapa - terutama ibu (kerana lebih byk berkomunikasi dgn anak) selalu mengeluh. Bila nak ajar anak-anak di rumah, selalu tak menjadi, selalu tak kena. Selalunya alasan adalah anak tak mahu mengikut kita.

Di sini cik wardah nak senaraikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa semasa mengajar anak membaca di rumah:
1. Ibubapa mengajar membosankan - asyik suruh baca kemudian ulang, baca kemudian ulang.
2. Ibubapa mengajar garang sangat macam singa.
3. Ibubapa mengajar caca merba. Tak ada kaedah atau tidak bersistematik.
4. Ibubapa mengajar tak kena masa - contohnya mengajar waktu ada rancangan tv yang anak suka.
5. Ibubapa mengajar tak kena tempat. - depan tv atau dekat dgn tingkap.
6. Ibubapa mengajar tak guna pendekatan psikologi.

Ini adalah antara kesilapan-kesilapan biasa yang kita sebagai ibubapa lakukan. Jadi, fikir-fikirlah akan jalan penyelesaiannya.

doa senjata org mukmin.....

(DOA SEBELUM BELAJAR)

" Ya ALLAH...bukakanlah kepada kami hikmah-Mu, bentangkanlah ke atas kami dari gedung rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih"


Apabila lupa membaca "Bismillah"
Apabila sudah memulai makan atau minum, lalu teringat belum membaca basmalah, maka hendaknya membaca:
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Bismillaahi fii Awwalihii wa Aakhirihi
"Dengan menyebut nama Allah di awal dan akhirnya."

Doa adalah ubat yang paling mujarab, ia ibarat musuh bagi penyakit, ia senantiasa melawan, menhilangkan atau meringankanya.
~Sharing is Caring~

Thursday, August 4, 2011

semua ttg cik wardah....

teringat la pulak....hihihi :-)

salam ramadhan kawan2 cik wardah...


rindu jaman2 buat esemen masa kat maktab...rindu nk gelak2 ketawa suka duka dgn ex rumate n hosemate cik wardah...kikiki..cik zana n cik ct... :-)

paling best...masa kami buat mobail ikan yg tomei2....dari tanah liat...berkampung kat rumah cik zana 2 hari...kat paya rambai,koto bharu la :-)...

pastu....buat batik..besar punya...batik ikan...skrng batik tu kat dalam bilik ketua jabatan PSV IPGKSAH...:-)

jom nengok2 gmbor2...hihih





inilah dia....tomei2 kan...hikhikhik..pewasan la pulak cik wardah nih....:-)




ada lagi........................
teknik tye n dye..(ikat dan celup)
dari kertas tisu ye.....

ni pun camer.........

tye n dye kumpulan cik zana :-)

tye n dye kump cik wardah...ada lagi 3..tp pensyarah amik...



ni batik dasar laut......






masuk maktab...semua teknik cik wardah belajar...wah..mmg teruja la...nk masuk maktab lagik je rasa....kuikuikui....

ubat....:-)

http://youtu.be/cn3bAi6gq9w


kalu sedih2..tension2...di bulan penuh barakah ni....samo kita mengontrol diri kita deh...tok lamo lagi jah...sebulan je...walhal sebulan ni tok raso sangat pun....:-)

Wednesday, August 3, 2011

pemanis wajah.....(^ _ ^)




Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


Monday, August 1, 2011

guru2....

guru-guru Sk Kementah....2011

Mahabbah NUR Ilahi....:-)



Ku mencari cinta nan suci,
Tanpa pengaruh nafsu duniawi,
Terasa sukar jalan yang ditempuhi,
Penuh liku dan onak duri...

Sudah lama ku mencari-cari,
Cinta yang suci tidak bertepi,
Setelah lama ku menghausi,
Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati...

Ya Allah, cinta-Mu...
Sungguh indah dan syahdu,
Ya Rahman, Kasih-Mu...
Mencairkan hatiku yang keras dan kaku...

Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini,
Dingin mengalir bagai dibasahi,
Ku cuba dekati, dan ku pasti,
Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi...

Ya Allah, redha-Mu ku cuba suluhi ,
Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti,
Moga redha-Mu mengiringi roh ini,
Menerusi cahaya mahabbah ilahi...


salam ramadhan :-)

tanggal 1 hb ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H....sekali lagi cik wardah diberi peluang untuk menyambut bulan rahmat penuh keberkatan...alhamdulillah...kali ni sbagai seorang pendidik...pengalaman baru...

genaplah sudah jua...hampir 8 bulan cik wardah menjadi seorang muallimah....tempoh ni juga la.bnyk betul dugaan yg cik wardah harus hadapi...tambahan pula..di sekolah baru buka...harapan cik wardah..agar bulan 8 sempena bulan ramadhan ni...cik wardah akan dilimpahkan rezeki melimpah2...juga dikurniakan cukup kekuatan semangat...moga2..rezeki untuk PERKARA berkaitan...akan cik wardah kecapi...cukup sudah bertahan dan bersabar hampir 8 bulan...siapa yg mampu bertahan sebenarnyaa...saban hari ke hari...tetapi berkat sokongan daripada keluarga dan si dia...juga teman cik wardah yg senasib yg sama...kami harus tempuhi jua..dgn harapan agar kali ini..penantian kami akan berakhir bila tiba waktunya.....

Ramadhan....

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".
Gembiranya hati cik wardah  tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju syurga-MU....




"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu".  Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu". Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." (Hadis Riwayat Ahmad)


SALAM RAMADHAN DARI CIK WARDAH kepada semua warga pendidik...terutama SK Kementah...adik beradik...sahabat handai dan seisi kaum muslimin dan muslimat....
:-)