Monday, August 1, 2011

salam ramadhan :-)

tanggal 1 hb ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H....sekali lagi cik wardah diberi peluang untuk menyambut bulan rahmat penuh keberkatan...alhamdulillah...kali ni sbagai seorang pendidik...pengalaman baru...

genaplah sudah jua...hampir 8 bulan cik wardah menjadi seorang muallimah....tempoh ni juga la.bnyk betul dugaan yg cik wardah harus hadapi...tambahan pula..di sekolah baru buka...harapan cik wardah..agar bulan 8 sempena bulan ramadhan ni...cik wardah akan dilimpahkan rezeki melimpah2...juga dikurniakan cukup kekuatan semangat...moga2..rezeki untuk PERKARA berkaitan...akan cik wardah kecapi...cukup sudah bertahan dan bersabar hampir 8 bulan...siapa yg mampu bertahan sebenarnyaa...saban hari ke hari...tetapi berkat sokongan daripada keluarga dan si dia...juga teman cik wardah yg senasib yg sama...kami harus tempuhi jua..dgn harapan agar kali ini..penantian kami akan berakhir bila tiba waktunya.....

Ramadhan....

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".
Gembiranya hati cik wardah  tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju syurga-MU....




"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu".  Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu". Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." (Hadis Riwayat Ahmad)


SALAM RAMADHAN DARI CIK WARDAH kepada semua warga pendidik...terutama SK Kementah...adik beradik...sahabat handai dan seisi kaum muslimin dan muslimat....
:-)

No comments:

Post a Comment