Friday, June 22, 2012

SEDEKAH....??..mudah je...SENYUM pun boleh...


Senyum itu sedekah

Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.



Senyum Biarlah Pada Tempatnya
_____________________________________________

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiw
a sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.

Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli.

Apakah pandangan anda ???.
___________________________________

Penjelasan tambahan.

Salam.
Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak?

Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu:

Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe.

Kita kena belajar dari peminta sedekah. Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala. Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. Cuba fikirkan bersama. insya Allah.

Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah.
JADI.....




Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit.

2 comments: